Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang
sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita
sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan
dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati
janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi
kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita
juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita
sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi
kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan
kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita
luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita
mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi
sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita
merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan
dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi
bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa
takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada
kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita
kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin
banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita
cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
No comments:
Post a Comment