Sunday, April 17, 2011

ILMU TAJWID



Dari segi bahasa bermaksud memperelokkan atau mencantikkan.Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu utk megetahui cara melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul.Hukum mempelajari ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah,mempraktikkannya dlm bacaan pula adlah Fardhu 'Ain.

Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dgn erti kata mestilah ada sesuatu tempat itu seorang atau beberapa org yg mengetahui ilmu tajwid,dan boleh menjadi rujukan ilmu tajwid bg masyarakat setempat. Jika tiada sseorg pn dlm ssuatu bandar,org yang mahir dalam ilmu tajwid dan menjalankan kewajipan mengajarkannya kepada penduduk bandarnya,maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.


Firman Allah S.W.T. Ta'ala :


ayatQuran01

Bermaksud: 'Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid).

Surah Al-Muzammil


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t.  memerintahkan nabi s.a.w. membaca Al-Quaran yang diturunkan kepadanya dgn  Tartil iaitu mengelokkan setiap huruf-hurufnya yakni bertajwid.Maka ini membuktikan bahawa al-Quran yang diturunkan kpd Rasulullah s.a.w. adalah pembacaan secara bertajwid.



Rasulullah s.a.w. bersabda:

hadith

Bermaksud: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran danMengajarkannya'.


Riwayat Imam Al-Bukhari

Pentingnya membaca al-Quran dengan ilmu tajwid yang betul kerana berkaitan antara hamba dan penciptaNya,ia juga merupakan salah satu upaya untuk mendapatkan pahala yang besar di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.
dan harus diketahui bahawa kita sbg Muslimin dan Muslimat di Malaysia mempelajari ilmu tajwid serta mengamalkannya menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Toriq As-Syatibiyyah.

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN :-

1- Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.
2- Meningkatkan Minat Membaca al-Quran.
3- Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul.
4- Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh 


kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:



من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ،

ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت



Maksudnya:
Sesiapa yangmembaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

Friday, April 15, 2011

TIPS BELAJAR



8 sebab mudah lupa ilmu yang dipelajari :
• Kekeruhan dosa, kotoran dalam hati
• Makan makanan syubhah + haram
• Tidak mendapat keredhaan ibu ayah
• Hiburan yang melampau
• Banyak tidur
• Banyak makan
• Banyak berkhayal
• Tidak hormat guru

TIPS KUAT INGATAN
• Solat 5 waktu jangan tinggal+solat-solat sunat
• Selalu dalam keadaan suci+berwudhu’
• Bertaqwa kepada Allah-sentiasa takut kepada
Allah s.w.t
• Hormati guru @ pensyarah
• Jauhi maksiat
• Berbuat baik terhadap ibu bapa
• Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t..^_^

Sama2 kita amalkan..=)

Thursday, April 14, 2011

Pendakwah d tuntut untuk b'sikap lembut


ABU Burdah berkata: "Rasulullah mengutus ayahku, Abu Musa dan Muaz ke Yaman. Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersedia sekatalah kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam berdakwah ada tatacara yang perlu diamalkan supaya segala apa disampaikan menjadi ikutan. Antaranya, kita dilarang daripada menyukarkan manusia melakukan ketaatan kepada Allah.


Contohnya, ketika kita menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmum yang ada bersama daripada mereka yang lemah, sakit atau sudah tua.


Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka berasa benci dengan ajaran disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.


Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya, jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Islam adalah agama mudah dan senang diamalkan setiap golongan. Oleh itu, hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai bebanan.


Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara membawa kepada kesulitan hidup.


Islam menuntut umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah serta bijaksana supaya ia diterima dengan mudah dan rela.


Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125)


Justeru, pendakwah perlu mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa menghiasi diri dengan sifat sabar walaupun terpaksa berdepan mereka yang menentang kerana dakwah melalui contoh yang baik adalah lebih berkesan.


Kewajipan sentiasa berlemah lembut turut ditekankan Rasulullah SAW dalam apa hal kerana kebajikan diharamkan bagi mereka yang tidak mempunyai sifat lemah lembut. Sabda Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak memiliki sifat lemah lembut, maka diharamkan seluruh kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim) 


http://al-qayyim.net/

Saturday, April 9, 2011

Rast - Setelah ku dipaling


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

Saujana - Khabar Dari Langit



Kau melangkah tanpa henti
Acapnya engkau berlari
Tak memandang kanan kiri

Laut luas kau renangi
Gunung tinggi engkau daki
Tak endah apa di sisi

Lahar dunia tak terasa panasnya
Emas di hujung gapai
Tak kira apa korbannya
Kejar…

Turunlah walau sejuta
Khabar dari neraka
Atau digentarkan seksa
Dari yang Mengenggam Nyawamu

Pabila waktu telah pun terhenti
Tak kan kau dengar
Walaupun cuma nafas yang terhela
Semua indera telah dibelenggu
Terik mentari mencairkan
Segenap isi tubuh yang hina
Bencana itu makin depan mata
Tidak kau mampu
Larikan dirimu dari sengsara
Azab-Nya

Tetap juga kau berlari
Dan melangkah tanpa henti
Bagai hidup tak kan mati

Murka-Nya tak kau peduli
Walaupun bergegar bumi
Ranapkan segenap isi

Biar gegak gempita guruh di langit
Tak kau hirau
Asalkan petirnya tak memanahmu
Lebur…

Tujuh Golongan Yang Dinaungi Allah di Akhirat

Tujuh golongan yang Allah meneduhi mereka di bawah teduhanNya, pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhanNya :
  1.  Pemimpin yang adil.
  2.  Dan seorang remaja yang membesar meningkat umurnya dalam keadaan ia sentiasa beribadat kepada Allah .
  3.  Dan seorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid-masjid
  4.  Dan dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah , mereka bertemu kerana Allah dan berpisah keranaNya.
  5. Dan seorang pemuda yang digoda untuk berzina oleh seorang perempuan yang mempunyai pangkat lagi jelita , maka ia   berkata “ Aku takut kepada Allah!”
  6.  Dan seorang yang bersedeqah dalam keadaan menyebunyikannya sehingga tangan kirinya tidak ketahui apa yang disedeqahkan oleh tangan kanan.
  7.  Dan seorang yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian,lalu menitis air matanya.
(Riwayat Imam Bukhari & Muslim) 

Adakah kita akn tmasuk dlm 7 golongan d ats? sme2 kte eksplorasi hati kte..


Friday, April 8, 2011

- sekadar ingatan bersama -


Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....