Sunday, April 17, 2011

ILMU TAJWID



Dari segi bahasa bermaksud memperelokkan atau mencantikkan.Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu utk megetahui cara melafaz huruf-huruf Al-Quran dengan betul.Hukum mempelajari ilmu tajwid ini adalah fardu kifayah,mempraktikkannya dlm bacaan pula adlah Fardhu 'Ain.

Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dgn erti kata mestilah ada sesuatu tempat itu seorang atau beberapa org yg mengetahui ilmu tajwid,dan boleh menjadi rujukan ilmu tajwid bg masyarakat setempat. Jika tiada sseorg pn dlm ssuatu bandar,org yang mahir dalam ilmu tajwid dan menjalankan kewajipan mengajarkannya kepada penduduk bandarnya,maka kesemua penduduk bandar tersebut adalah berdosa.


Firman Allah S.W.T. Ta'ala :


ayatQuran01

Bermaksud: 'Bacalah Al-Quran dengan bertartil (memelihara hukum tajwid).

Surah Al-Muzammil


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t.  memerintahkan nabi s.a.w. membaca Al-Quaran yang diturunkan kepadanya dgn  Tartil iaitu mengelokkan setiap huruf-hurufnya yakni bertajwid.Maka ini membuktikan bahawa al-Quran yang diturunkan kpd Rasulullah s.a.w. adalah pembacaan secara bertajwid.



Rasulullah s.a.w. bersabda:

hadith

Bermaksud: Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran danMengajarkannya'.


Riwayat Imam Al-Bukhari

Pentingnya membaca al-Quran dengan ilmu tajwid yang betul kerana berkaitan antara hamba dan penciptaNya,ia juga merupakan salah satu upaya untuk mendapatkan pahala yang besar di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.
dan harus diketahui bahawa kita sbg Muslimin dan Muslimat di Malaysia mempelajari ilmu tajwid serta mengamalkannya menurut Riwayat Hafs 'An 'Asim melalui Toriq As-Syatibiyyah.

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN :-

1- Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.
2- Meningkatkan Minat Membaca al-Quran.
3- Mencapai keyakinan dalam pembacaan al-Quran yang betul.
4- Mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.



Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh 


kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:



من قرأ القرءان فأعرب في قرأته كان له بكل حرف عشرون حسنة ،

ومن قرأ بغير اعراب كان له بكل حرف عشر حسنا ت



Maksudnya:
Sesiapa yangmembaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.

No comments:

Post a Comment